Apabila umur meningkat baru terasa betapa sakit dan kesakitan akan menyusahkan diri kita sendiri. Jika ada ramai anak atau saudara yang boleh kita menumpang harap, syukur juga. Jika tidak, lagi bertambah susah jadinya.
Macam melalut saja. Tapi sebenarnya, hati terkesan apabila melihat warga tua yang tiada anak dan saudara terkial-kial untuk menguruskan diri mereka. Sudahlah badan sudah tua, kehidupan seperti orang melarat saja.
Walaupun mereka ada kereta, kedua suami isteri menghadapi kesulitan untuk membawanya. Suami tidak berapa tegap perjalanan kerana pernah mengalami strok, sementara isteri pun mengalami darah tinggi dan kencing manis.
Jiran-jiran sudah jenuh menasihatkan mereka supaya mengajak anak buah atau sesiapa yang dipercayai supaya duduk bersama bagi membantu mereka. Tapi mereka tetap berkeras mahu terus begitu.
Kasihan sungguh. Tapi nak buat macam mana.
Pengajarannya, kita mesti cuba pastikan kesihatan diri sentiasa baik hingga ke akhir hayat. Jika tidak, diri sendiri menanggung akibatnya.