Saturday, 30 July 2011

JAGA KESIHATAN DIRI

Apabila umur meningkat baru terasa betapa sakit dan kesakitan akan menyusahkan diri kita sendiri.  Jika ada ramai anak atau saudara yang boleh kita menumpang harap, syukur juga.  Jika tidak, lagi bertambah susah jadinya.

Macam melalut saja.  Tapi sebenarnya, hati terkesan apabila melihat warga tua yang tiada anak dan saudara terkial-kial untuk menguruskan diri mereka.  Sudahlah badan sudah tua, kehidupan seperti orang melarat saja.

Walaupun mereka ada kereta, kedua suami isteri menghadapi kesulitan untuk membawanya.  Suami tidak berapa tegap perjalanan kerana pernah mengalami strok, sementara isteri pun mengalami darah tinggi dan kencing manis.

Jiran-jiran sudah jenuh menasihatkan mereka supaya mengajak anak buah atau sesiapa yang dipercayai supaya duduk bersama bagi membantu mereka.  Tapi mereka tetap berkeras mahu terus begitu.

Kasihan sungguh.  Tapi nak buat macam mana.

Pengajarannya, kita mesti cuba pastikan kesihatan diri sentiasa baik hingga ke akhir hayat.  Jika tidak, diri sendiri menanggung akibatnya.

Friday, 22 July 2011

KENA LEVI JIKA BIL API MELEBIHI RM77

Apa hal la mereka ini?  Sekarang mereka mengambil keputusan untuk kenakan levi bagi pengguna yang bil api mereka melebihi RM77.

Dalam keadaan sekarang ini, rumah teres pun menggunakan tenaga api melebihi caj bulanan RM77.  Kecualilah mereka langsung tak guna alat-alat letrik.

Apa nak jadi?  Cuba suruh mereka sendiri buat!

Pemimpin ni pandai bercakap saja!  Tak habis-habis dengan mengambil jalan mudah dan membebankan rakyat!

Kalau ikutkakan geram, mahu aku pindah ke negara lain dimana pemimpin adalah lebih rasional!  sekurang-kurangnya pun rakyat boleh bersuara untuk mendapat keadilan.

Monday, 4 July 2011

KUASA SEBENAR DI TANGAN RAKYAT

Memang sudah terbukti politik adalah gelanggang merebut kuasa dibeberapa tangan/individu. Tentulah kenderaannya adalah parti politik yang mereka wakili. Ada rakyat memilih parti politik dan tidak memberi perhatian kepada individu yang mewakili parti.

Hakikatnya, individu yang memacu parti. Kebanyakan individu memang gila kuasa kerana kuasa memberi hak merencana untuk tempuh mereka mendapat kuasa.

Tapi itu bukan bermakna mereka boleh merencana sesuka hati. Malangnya mereka yang mendapat kuasa acap kali menjadi ghairah!

Ada kata popular bahawa 'kuasa itu korup, lebih besar kuasa lebih besar korupsinya!' Dunia mengesahkannya. Hampir tiada pengecualiannya.

Namun kuasa sebenar ada di tangan rakyat.  Jadi pada setiap kali pilihanraya, rakyat mestilah bijak memilih wakil mereka mengikut panduan Al Quran dan iman.