Saturday, 17 September 2011

SERI RAYA

Semasa saudara mara datang beraya, baru semua perasan yang pokok kelapa sawit yang ditanam ayah diseberang pagar sudah pun berbuah.  Semua jadi teruja.  Lihatlah gambar di bawah.


Sebenarnya tujuan menanam bukanlah untuk mendapatkan hasil.  Ayah saja nak buat garis sempadan dengan jiran.

Tetapi bila sudah berbuah seronok pula.  Kira-kira ni seri Raya tahun ini.

Sunday, 4 September 2011

UCAPAN RAYA

Mulanya kita pulang beraya di kampung.  Lepas balik ke rumah sendiri, kena melayan tetamu yang datang beraya pula.

Tapi Syawal adalah sebulan.  Jadi kiranya masih ada berkesempatan lagi untuk buat N3 Hari Raya la!

Dengan ini saya mengucap selamat buat semua. Semoga kita diberkati. Amin.
Selamat
Hari Raya
Aidilfitri
MAAF ZAHIR & BATIN.