Monday, 4 July 2011

KUASA SEBENAR DI TANGAN RAKYAT

Memang sudah terbukti politik adalah gelanggang merebut kuasa dibeberapa tangan/individu. Tentulah kenderaannya adalah parti politik yang mereka wakili. Ada rakyat memilih parti politik dan tidak memberi perhatian kepada individu yang mewakili parti.

Hakikatnya, individu yang memacu parti. Kebanyakan individu memang gila kuasa kerana kuasa memberi hak merencana untuk tempuh mereka mendapat kuasa.

Tapi itu bukan bermakna mereka boleh merencana sesuka hati. Malangnya mereka yang mendapat kuasa acap kali menjadi ghairah!

Ada kata popular bahawa 'kuasa itu korup, lebih besar kuasa lebih besar korupsinya!' Dunia mengesahkannya. Hampir tiada pengecualiannya.

Namun kuasa sebenar ada di tangan rakyat.  Jadi pada setiap kali pilihanraya, rakyat mestilah bijak memilih wakil mereka mengikut panduan Al Quran dan iman.

2 comments:

  1. Aslmkm.
    Sindrom kesetiaan membuta-tuli begitu ketara.
    Jadi yang berkuasa tidak menggunakan kuasa dengan sewajarnya.

    ReplyDelete
  2. Salam Syikin.
    Sayangnya rakyat ramai tidak mengerti!

    ReplyDelete